Al Maktuubaat - Surat yg ke 98
Surat
yang ke 98. Kepada Andul Qadir, anak kepada Sheikh Zakaria dalam mendorong
sifat berlemah lembut dan meninggalkan kekasaran dengan merujuk kepada Hadith2
dari sumber2 apa yang disebut oleh Rasul SAW.
Kita
memohon kepada Allah untuk menetapkan kita supaya sentiasa berlaku adil, dan
marilah kita bersama2 menyebut Hadith2 Nabi SAW tentang kelebihan, keselamatan dan
kesempurnaan kata2nya dalam bab memperingatkan, memberi ceramah dan nasihat,
semoga Allah mempermudahkan untuk kita mengamalkannya.
Sabda
Rasul SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah itu Maha Berlemah Lembut/Menghalusi, menyukai yg berlemah lembut, dan
memberikan kepada mereka yg bersifat seperti itu apa yg tidak akan dimiliki
oleh orang2 yang bersikap kasar, mahupun kepada yg lain2 dari itu..” – Riwayat
Muslim
Dan
dalam riwayat lain Nabi SAW bersabda kepada ‘Aisyah dan bapanya (Saidina Abu
Bakar RA) “Hendaklah kamu bersifat Rafiq (berlemah lembut) dan mengelakkan dari
bersikap kasar dan berkata2 kesat kerana sesungguhnya sifat berlemah lembut itu
tidak lah ada pada seseorang kecuali ia akan jadi perhiasan yg mencantikkannya,
dan bila ia tercabut dari seseorang maka tiadalah lagi bahagian baginya kecuali
yg sebaliknya.”
Dan
sabda Rasul SAW, salam dan ucapan kemuliaan juga utk Baginda “Barangsiapa yang tidak
mempunyai sifat Rafiq maka dia terhalang dari segala kebaikan”
Bersabda
Rasul SAW, “Sesungguhnya yang paling Aku kasihi dari kalangan kamu adalah yang
paling baik akhlaqnya”
Dan
Sabda Nabi SAW lagi “Barangsiapa di kurniakan sifat Rafiq sebagai rezeqinya,
sesungguhnya dia telah mendapat kurnia dunia dan akhirat”
Dan
Sabda Nabi SAW “Sifat Malu itu adalah dari Iman dan Iman itu duduknya di dalam
Syurga, manakala sifat kasar/menyakitkan itu dari keburukan dan keburukan itu
letaknya di neraka” “Sesungguhnya Allah membenci kata2 kotor dan sia2”
“Tidakkah
kamu mahu aku khabarkan akan orang2 yang diharamkan dari api neraka dan api
neraka diharamkan ke atas mereka? Iaitulah mereka yang sentiasa berlemah
lembut, berlembut dgn ahli2 yg dekat dan mempermudahkan berurusan dengan orang”
“Orang2
Mu’minun itu adalah orang2 yang merendah diri, berlemah lembut, seperti unta
yang dicucuk hidung yang begitu patuh, jika disuruh duduk ia duduk, walaupun
disuruh duduk atas batu yang keras”
“Barangsiapa
yang menahan kemarahannya, sedangkan dia berkuasa untuk membalas kejahatan
orang kepadanya ketika itu, maka Allah menyerunya di atas kepala semua makhluq
pada hari Qiamat untuk dia memilih dari mana2 bidadari yang dikehendakinya”
Seorang
lelaki berkata kepada Rasul SAW, ‘berwasiatlah/nasihatilah kepadaku. Rasul SAW
berkata ‘janganlah kamu marah’. Baginda ditanya lagi berulang kali dan tetap
menjawap ‘janganlah kamu marah’
“Tidakkah
kamu mahu aku khabarkan tentang perihal calun ahli Syurga? Iaitulah mereka yg
lemah, tertindas, yang sekiranya mereka bersumpah di atas nama Allah, maka
segera Aku tunaikan. Mahukah kamu Aku khabarkan tentang ahli neraka? Iaitu lah
mereka2 yang suka menunjuk2, melampaui batas dan berlaku sombong”
“Apabila
seseorang kamu berasa marah dan dia sedang berdiri maka hendaklah dia duduk,
maka marahnya akan hilang. Dan jika tidak, hendaklah dia berbaring”
“Sesungguhnya
marah akan merosakkan iman sebagaimana kepahitan/cuka merosakkan madu”
“Barangsiapa
yang merendah diri kerana Allah, nescaya Allah swt muliakannya walaupun dia
melihat dirinya kecil, Allah akan menjadikannya besar/mulia di sisi
manusia. Barangsiapa berlaku takabbur,
maka Allah turunkan darjahnya dan jadikannya kecil pada pandangan manusia
walaupun dia melihat dan merasakan
dirinya besar/mulia, maka dia menjadi sehina-hina makhluk ke atas
manusia; lebih hina dari anjing dan babi”
Berkata
Musa bin Imran kepada Nabi kita s.a.w, “Wahai Tuhan, siapakah yang paling mulia
di kalangan hambaMu? Nabi s.a.w. bersabda; ‘Ialah seseorang yang dia mempunyai kuasa
untuk membalas, tetapi dia memilih untuk memaafkan’.
Sabda
Rasulullah s.a.w. lagi, ‘Barangsiapa yang menjaga lidahnya, maka Allah akan
menjaga auratnya, dan barangsiapa yang menahan kemarahannya, maka Allah akan
menahan azabNya terhadap orang itu pada hari qiamat, dan barangsiapa yang memberi keuzuran kepada seseorang kerana
Allah, maka Allah akan menerima keuzurannya’.
Sabda
Rasullullah s.a.w. lagi, ‘Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya
atau dari nasab keturunannya atau sebarang perkara, maka hendaklah dia memohon
halal daripada saudaranya sebelum sampainya waktu di mana dinar dan dirham tidak
bernilai lagi, maka amal solehnya akan diambil sebagai bayaran terhadap
kezalimannya, dan sekiranya dia tidak mempunyai sebarang kebaikan, maka Allah
akan mengambil dosa orang yang dizaliminya untuk menjadi tanggungannya’.
Sabda
Rasullullah s.a.w. lagi, ‘Tahukah kamu siapakah orang yang bergelar muflis?
Muflis itu ialah yang tidak mempunyai sebarang dirham atau sesuatupun dari
kalangan kami’. Maka Rasul s.a.w bersabda, ‘ Sesungguhnya yang dikatakan muflis
daripada umatku ialah mereka2 yang datang pada hari qiamat dengan solat, puasa
dan zakat tetapi dia juga datang dengan carutan/hinaan kepada orang, mengambil
harta mereka, menumpahkan darah, lalu dituntut hak2 tersebut dari mereka yang
dibayar daripada kebaikan2 yang dibawanya. Maka apabila kebaikannya telah habis
sebelum tertunai tanggungannya, Allah meletakkan kesalahan orang2 yang dizalimi
kepadanya sehingga dia dicampakkan ke dalam neraka’.
Dan
daripada Muawiyyah r.a. bahawa beliau telah menulis kepada Aishah r.a., ‘
Tulislah kepadaku satu tulisan/surat yang engkau berwasiat dengannya kepadaku,
dan janganlah engkau panjangkan, maka Aishah menulis, ‘ Salam ke atasmu,
sesungguhnya aku mendengar Rasullullah s.a.w. telah bersabda, ‘Barangsiapa yang
mencari redha Allah walaupun dimarahi manusia, Allah s.w.t. akan melindungi
kejahatan manusia ke atasnya, dan barangsiapa yang mencari redha manusia dengan
jalan yang dimurkai Allah, maka Allah menyerahkannya kepada manusia. Dan salam
ke atas kamu’.
Telah
benarlah Rasul s.a.w. Solawat, salam, dan keberkatan Allah ke atasnya dan
keluarganya. Semuga Allah memberikan
rezeki kepada kami dan kamu dengan taufiq dan beramal dengan apa yang telah
dikhabarkan oleh pemberi khabar yang amat benar (Rasul s.a.w).
Dan
semua hadith2 ini sekiranya aku tuliskan walaupun tanpa terjemahan, segala
maknanya boleh difahami dengan merujuk kepada Syeikh Juyu dan perlulah
hendaknya kita berusaha bersungguh2 untuk beramal dengan keadaan baki kehidupan
di dunia yang tinggal sedikit untuk kita. Dan sesungguhnya azab akhirat itu
amat bersangatan, teramat pedih dan
berterusan.
Maka
hendaklah kamu semua menggunakan aqal fikiran supaya tidak tertipu dengan
kemudahan dunia yang jauh dari kemanisan sebenarnya. Maka sekiranya kemuliaan
dan kelebihan dunia adalah sebab tujuan untuk kehidupan ini, maka orang2
kuffar/kafir yang mendapat lebih banyak rezeki berlebih2an adalah lebih mulia
dan lebih utama dari segala2nya. Dan orang2 yang tertipu dengan kehidupan dunia
adalah tanda mereka yang tidak beraqal. Dan sesungguhnya yang utama bagi orang
yang beraqal adalah untuk mereka menghargai peluang hari2 yang sedikit ini dan
bersungguh2 atas kesempatan yang dipermudahkan kepadanya untuk mencapai redha
Allah s.w.t dan melakukan kebaikan kepada makhluk Allah Azza wa Jalla. Maka
sesungguhnya menghormati urusan Allah dan berbelas kasihan terhadap makluk
Allah kedua2nya adalah punca keagungan bagi mencapai ganjaran kejayaan,
terselamat daripada siksa di akhirat.
Dan
bagi setiap apa yang telah dikhabarkan oleh Rasullullah s. a. w. adalah suatu
tuntutan kepada diri kita bukannya suatu gurauan atau perkara sia2. Sehingga bilakah kita akan terus lena dalam
kelalaian dan tipu daya? Bukankah akhirnya dan akibat2nya akan membawa kepada
kekurangan dan halangan kepada kita?
Allah
s.w.t telah berfirman yang bermaksud, “Apakah kamu menyangka bahawa kami
menjadikan kamu sia2 dan kamu menyangka tidak akan dikembalikan kepada kami
(untuk dihisab dan diberi pembalasan)?”
Dan
sesungguhnya aku mengetahui bahawa ketika ini kamu tidak memerlukan untuk
mendengar peringatan dari kalimah2 yang aku tuliskan ini kerana keadaanmu yang
masih remaja, dalam kesenangan nikmat duniawi sebagai pemerintah dan sultan
yang mempunyai hasil dan kemudahan, akan tetapi ketahuilah bahawa saya berbelas
kasihan akan keadaanmu dan aku
bangkitkan sabda2 ini agar tidak luput daripadaku satu kesempatan atau waktu pun
untuk kita memohon taubat dan mengikut keperluan tuntutan menyampaikan.
Cukuplah walaupun hanya satu huruf/ketukan sekiranya rumah ini berpenghuni.
No comments:
Post a Comment